Komik Seterusnya

Ok la. Ini die komik seterusnya. Yang ni pasal apa pulak ye? Tengok la sendiri ye. Selamat membaca.
Amacam? Komen la sikit. Pastu share & like kat facebook ye.

Komik #2 pulak

Komik yang kedua pulak. Kali ni pasal handphone. Kalau kt hostel, handphone gini lah yang selamat untuk dibawa kot.
Sekian terima kasih. Komen dibawah & Like page kami di FB.

Komik #1 aku

Ni dia. Komik pertama yang aku buat semalam. Mungkin korang rase aku tiru stail Lawak Kampus an. (memang tiru pun ;P) 

Tapi, idea disebalik cerite ni adalah original dari kepala aku. Lukisan tu pun aku buat sendiri tau. Gune Adobe Illustrator je. Haa, lau x kenal apa tu Adobe Illustrator, pergi lah tanye Mr Google. Selamat membaca.
Amacam? Ok x? Komen la sikit kat bawah. Kalau korang rasa best, share la dengan kawan kt FB ke. Teruskan melawat blog ni & juga page di FB.

Jom mula!!!

Hari ini ialah pelancaran blog aku yang serba simple ni. Aku dapat idea untuk memulakan blog ni apabila aku mencipta komik untuk majalah sekolah LeBEST 2011.

Dalam blog ni, aku akan postkan komik2 yang aku cipta, video2 yang aku buat, segala mende yang aku design & bnyak lagi laa.


Selain tu, aku jugak akan postkan cara2 untuk mencipta komik korang sendiri, cara2 nak edit gambar & mungkin juga teknik2 menggunakan designing software.


Sila like page 'Naja's Studio' di facebook supaya korang x ketinggalan dengan post2 yg akan aku update pada masa akan datang.


Aku bukanlah seorang yang profesional. Aku hanyalah seorang pelajar lepasan sekolah menengah yang ingin berkongsi hasil kerja ku & ingin berkongsi serba sedikit teknik basic yang sudah aku miliki.


Jikalau korang ada sebarang teguran, komen ataupun x puas hati la senang cerite, sila komen di ruang komen yang telah disediakan. Aku mengalu-alukan komen, teguran serta tunjuk ajar daripada semua. (Sila jaga bahasa anda semasa mengomen)

Kredit kepada CG Muliadi & CG Firdaus yang telah memperkenalkan kpada diriku tentang Adobe Photoshop & Adobe Illustrator. Terima kasih cikgu. :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More